50 Peribahasa Melayu Berserta Maksud

50 Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
2. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
3. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
5. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
7. Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
9. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
15. Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
17. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
18. Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
19. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
20. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
21. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
22. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
23. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
25. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
26. Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
27. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
28. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
29. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
30. Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
31. Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
32. Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
33. Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
34. Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
35. Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
36. Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
37. Batu Penghalang
Maksud : Halangan
38. Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
39. Meninggi diri
Maksud : Sombong
40. Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
41. Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
42. Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
43. Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
44. Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
45. Murah Hati
Maksud : Pemurah.
46. Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
47. Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
48. Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
49. Kera menjadi monyet
Maksud:peribahasa serupa sahaja (tiada bezanya);
50. Bagai kera dapat canggung
Maksud peribahasa perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya;

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kerja kursus geografi tingkatan 3

Punca dan Kesan Pemanasan Global (Global Warming)