kerja kursus geografi tingkatan 3



                                                                     # raja alan here



Oleh : mohamad firdaus bin ismail
Batu Pahat , 13 Mac (SMKPS) – Kerja kursus geografi tajuk “Kitar Semula”.
Salam semua. Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam ruangan blog SMKPS ini. Cuma En Mustaffa Siraj dan En. Shafie Buyamin sahaja yang masih menjadi penulis setia untuk blog ini. TAHNIAH saya ucapkan kepada mereka. Teruskan kecemerlangan anda.
Di sini saya sertakan contoh kerja kursus geografi sebagai panduan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3. Harap ianya boleh menjadi panduan kepada anda semua terutamanya kepada pelajar SMK Penghulu Saat
(Nombor 1) TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA
DI KAMPUNG PARIT RAJA AHMAD
PT SULONG, BATU PAHAT
JOHOR
NAMA                        : MOHD KHAMSULDIN B ABDUL WAHAB
KELAS                      : 3 BAIK
SEKOLAH                 : SMK PENGHULU SAAT, PT RAJA AHMAD 83500  PT SULONG, BT. PAHAT
NAMA GURU           : EN MAMAT
TARIKH HANTAR    : 28 MEI 2010
TANDATANGAN PELAJAR                    TANDATANGAN GURU
     —————————-                         —————————
(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN
TAJUK                                                                                         HALAMAN
1)    Penghargaan
2)    Pendahuluan
3)    Objektif Kajian
4)    Kawasan Kajian
5)    Kaedah Kajian
6)    Hasil Kajian
7)    Rumusan
8)    Rujukan
9)    Lampiran
10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )
(Nombor 3) PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu Saat, Pn Hajah Salbiah Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Ahmad Bin Mamat yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Parit Raja Ahmad yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.
(Nombor 4) PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula.
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai  pusat kitar semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.
(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1)    Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas
2)    Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula
3)    Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula
4)    Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula
5)    Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula.
6)    Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Parit Raja Ahmad tentang kepentingan amalan kitar semula.
(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Kampung Parit Raja Ahmad Parit Sulong Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 24 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira 1 km dari pekan  Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah 40 sen untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu SMK Penghulu Saat yang mempunyai pelajar seramai 1200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.
Kampung Parit Raja Ahmad mempunyai tanah  subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.
PETA KAJIAN
1)    Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat
2)    Peta Pekan Parit Sulong
3)    Peta Kg. Parit Raja Ahmad
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i)             Tajuk dan Bingkai  [1 m]
ii)            Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii)           Simbol Piawai [ 1 m ]
iv)           Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]
(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1)    Pemerhatian
2)    Temu Bual
3)    Soal Selidik
4)    Rujukan
(Nombor8) DAPATAN KAJIAN
8.1  Konsep Kitar Semula
Kitar semula bermaksud….
8.2  Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah…
Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah
Terdapat juga penduduk kampung  yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contoh…
Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk..
Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK  kerana…
Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.
8.3 Kepentingan Kitar Semula.
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Beri huraian…
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Beri huraian..
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Beri huraian…
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
Beri huraian…
8.4  Masalah /halangan Amalan Kitar Semula
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap
Beri huraian..
2. Kurang Pengetahuan
Beri huraian anda…
3. Harga Terlalu Rendah
Beri huraian…
4. Kurang Pusat Pengumpulan.
Beri huraian…
5. Kurang Kerjasama
Beri huraian..
8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.
Langkah tersebut ialah seperti :-
1. Kempen
Beri huraian
2. Pendidikan
Beri huraian
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.
Beri huraian
4. Gotong Royong
Beri huraian
Bahan Grafik
– Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-
i)             Jadual
ii)            Graf
iii)           Carta Pai
iv)           Peta  Aliran
– Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai
(Nombor 9) RUMUSAN
Buat rumusan
(Nombor 10). LAMPIRAN
  1. Surat pengenalan diri murid
  2. Surat kebenaran membuat kajian
  3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
  4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
  5. Borang soal selidik
  6. Gambar / foto yang berkaitan
(Nombor 11). RUJUKAN
Buku Teks
Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3
Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd
Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1
Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.
Buku Rujukan
Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5
Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd
Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3
Internet
KEPADA PENGGUNA CONTOH JAWAPAN INI: MOHON KIRANYA DAPAT MENGHULURKAN SUMBANGAN IKHLAS  BERBENTUK WANG TUNAI DAN DIMASUKKAN KE AKAUN BANK CIMB ATAS PENAMA : MUSTAFFA  SIRAJ NO AKAUN 01030004687202 BERALAMAT DI SMK PENGHULU SAAT, 83500 PARIT SULONG BATU PAHAT JOHOR, BAGI MENGISI TABUNG KEBAJIKAN DAN KECERIAAN SEKOLAH KAMI… TERIMA KASIH

Ulasan

ALANEDIPROTER'S berkata…
please tinggalkan coment anda..

Catatan popular daripada blog ini

50 Peribahasa Melayu Berserta Maksud

Punca dan Kesan Pemanasan Global (Global Warming)