50 Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud 1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. 2. Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 3. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 5. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 7. Bagai Aur Dengan Tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. 8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 9. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 10. H
Ulasan